Kementerian Pengangkutan mahu JPJ kaji semula peraturan dan SOP berkaitan kenderaan elektrik

Kementerian Pengangkutan mahu JPJ kaji semula peraturan dan SOP berkaitan kenderaan elektrik

Bagi memastikan sektor kenderaan elektrik (EV) dapat dibangunkan dengan lestari di dalam negara, Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan buat masa sekarang terhadap model-model kenderaan sedemikian.

Menurut menteri pengangkutan Anthony Loke dalam laporan Bernama, perkara tersebut perlu dibuat berikutan terdapat kemungkinan beberapa peraturan pada masa ini yang dilihat kurang bersesuaian untuk diaplikasikan pada EV.

“Jadi, apa-apa prosedur yang tidak terpakai dan relevan pada EV ini kita perlu buat perubahan. Ini kerana EV khususnya kenderaan berat adalah sesuatu yang baharu dan kebanyakan peraturan kita terpakai untuk kenderaan konvensional yang menggunakan diesel.

“Maka, kita perlu lakukan satu bentuk perubahan dari segi peraturan,” katanya selepas merasmikan Bahagian Logistik Hijau Swift dan penyerahan lori terminal elektrik pertama Malaysia kepada Unilever Malaysia semalam.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan juga akan berusaha mengurangkan kerenah birokrasi bagi memberi galakan kepada pihak swasta untuk membuat pelaburan dalam sektor EV.

The post Kementerian Pengangkutan mahu JPJ kaji semula peraturan dan SOP berkaitan kenderaan elektrik appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments