Bekas KP MIROS mengaku tidak bersalah palsukan dokumen sebut harga bagi ujian pelanggaran

Bekas KP MIROS mengaku tidak bersalah palsukan dokumen sebut harga bagi ujian pelanggaran

Bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas dibicarakan hari ini yang membabitkan empat pertuduhan memalsukan dokumen sebut harga bagi beberapa kenderaan dalam ujian pelanggaran enam tahun lalu.

Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim, 47, didakwa memalsukan dokumen sebut harga daripada beberapa syarikat bertujuan bagi pembekalan 16 kereta dari Thailand ke Makmal Ujian Perlanggaran MIROS di Bukit Katil, Ayer Keroh, Melaka, dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan untuk menipu.

Menurut laporan Bernama, dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah premis di Taman Kajang Sentral, Kajang pada 24 Julai 2017. Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bekas KP MIROS mengaku tidak bersalah palsukan dokumen sebut harga bagi ujian pelanggaran

Timbalan Pendakwa Raya Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Bagaimanapun, peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin RM20,000.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM Putrajaya pada hari pertama bekerja pada setiap bulan.

Selain itu, tertuduh juga tidak dibenarkan mengakses mana-mana komputer dan dokumen di tempat kerja (MIROS). Mahkamah menetapkan 21 November untuk sebutan semula kes.

The post Bekas KP MIROS mengaku tidak bersalah palsukan dokumen sebut harga bagi ujian pelanggaran appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments