ANIH Berhad selaku pengendali Lebuhraya Pantai Timur (LPT) telah mengumumkan persimpangan masuk Bentong Barat ditutup hari ini dan esok (24-25 Ogos 2023).
Penutupan persimpangan tersebut bagi kelancaran kerja-kerja penyelenggaran di laluan berkenaan. Oleh itu, para pengguna LPT diminta menggunakan laluan alternatif untuk memasuki Bentong iaitu di persimpangan Bentong Timur, tidak jauh dari persimpangan Bentong Barat.
Dalam masa yang sama, ANIH turut memaklumkan pengaktifan laluan alternatif di KM124.5 hingga KM123.5 arah barat (Temerloh-Lanchang) sedang dilaksanakan sehingga jam 5 petang ini. Ia juga bagi memberi laluan untuk kerja-kerja penyelenggaran.
Semua pengguna LPT yang melalui lokasi terbabit diminta untuk memandu dengan lebih berhati-hati dan patuhi isyarat papan tanda sementara serta arahan petugas.
The post Persimpangan masuk Bentong Barat di LPT ditutup hingga 25 Ogos 2023 untuk kerja penyelenggaran appeared first on Paul Tan's Automotive News.
0 Comments