Perodua mohon maaf kekeliruan kod etika pemakaian di pusat servis, akan jalankan siasatan segera

Perodua mohon maaf kekeliruan kod etika pemakaian di pusat servis, akan jalankan siasatan segera Perodua mohon maaf kekeliruan kod etika pemakaian di pusat servis, akan jalankan siasatan segera

Susulan daripada reaksi yang diterima di laman media sosial berkaitan notis etika pemakaian yang dirakam di sebuah pusat servis Perodua baru-baru ini, pengeluar kenderaan nasional itu telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi berkaitan hal itu.

Dalam kenyataan ringkas oleh Ketua Pegawai Operasi, Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman menjelaskan:

“Kod etika pemakaian yang dikeluarkan itu tidak selaras dengan garis panduan rasmi Perodua dan kami kini sedang melakukan siasatan rasm berhubung perkara berkenaan, diikuti dengan langkah pembetulan bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berlaku lagi.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang kami hargai di Pusat Servis Perodua berkenaan.” Insiden yang dimaksudkan berlaku di sebuah pusat servis kenderaan Perodua di Kuantan, Pahang.

Dalam gambar yang dirakam dan dikongsikan di media sosial, notif peraturan pemakaian yang ditunjukkan itu hanya membolehkan pelanggan yang ingin berurusan di pusat servis itu perlu berpakaian formal sahaja, sementara pakaian kasual lainnya — termasuk seperti berseluar pendek — adalah tidak dibenarkan.

Notis itu bagaimanapun difahamkan bukanlah notis rasmi yang di keluarkan oleh Perodua, dan telah pun diturunkan dan ditarik balik, serta-merta.

The post Perodua mohon maaf kekeliruan kod etika pemakaian di pusat servis, akan jalankan siasatan segera appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments