Lebuhraya MEX sebagai salah satu daripada 12 syarikat konsesi yang bersetuju untuk pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka menggunakan kad debit dan kredit kini telah mula mengadakan ujian rintis di plaza tol kendaliannya.
Sistem ini diuji sendiri hari ini oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di plaza tol Putrajaya, sambil menunjukkan operasi lancar menggunakan pelbagai jenis kad debit dan kredit.
“Pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ini harus dijalankan secara teliti dan terperinci dengan mengambil kira pelbagai proses libat urus seperti aspek teknikal, keselamatan, perundangan dan pengendalian rekod transaksi tol itu sendiri bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa diutamakan,” kata Alexander.
Meskipun alat untuk mengimbas kad tersebut sudah siap dipasang pada plaza tol, ia masih lagi dalam proses ujian dan hanya akan dilancarkan untuk kegunaan awam pada bulan September.
Bagi plaza tol di bawah kendalian MEX, ia akan disediakan di 25 lorong Touch n Go, tanpa mengganggu lorong RFID dan Smart Tag, di tiga plaza tol iaitu Plaza Tol Salak Selatan, Plaza Tol Putrajaya dan Plaza Tol Seri Kembangan.
The post Lebuhraya MEX mulakan ujian pembayaran tol guna kad debit, kredit – pelancaran rasmi September ini appeared first on Paul Tan's Automotive News.
0 Comments