Puspakom keluarkan jadual unit pemeriksaan bergerak Ogos 2023 – termasuk luar kawasan di Sabah/Sarawak

Puspakom keluarkan jadual unit pemeriksaan bergerak Ogos 2023 – termasuk luar kawasan di Sabah/Sarawak

Puspakom telah mengeluarkan jadual Ogos 2023 bag unit pemeriksaan bergerak untuk Semenanjung Malaysia dan juga ujian luar kawasan di Sabah dan Sarawak.

Trak unit pemeriksaan bergerak itu bakal ke Perak, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan. Tujuan bagi insiatif ini adalah untuk mereka yang tinggal jauh dari cawangan Puspakom. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah rutin pemeriksaan, tukar nama hakmilik, dan banyak lagi.

Puspakom keluarkan jadual unit pemeriksaan bergerak Ogos 2023 – termasuk luar kawasan di Sabah/Sarawak Puspakom keluarkan jadual unit pemeriksaan bergerak Ogos 2023 – termasuk luar kawasan di Sabah/Sarawak

Klik untuk besarkan

Walau pun tidak menampilkan trak besar seperti di Malaysia Timur, namun Puspakom tetap tidak melupakan pelanggan di pekan kecil di sekitar Sabah dan Sarawak. Namun unit bergerak itu tetap akan membawa kelengkapan yang diperlukan untuk pemeriksaan kenderaan. Antara daerah yang bakal dikunjungi termasuk Ranau, Kota Belud, Semporna, Kunak, Kapit, Limbang, Lawas dan Marudi.

Puspakom berkata pelanggan boleh terus ke lokasi yang disenaraikan pada tarikh yang disediakan, tanpa perlu membuat temujanji secara dalam talian, seperti yang diamalkan di cawangan Puspakom lain.

Unit pemeriksaan bergerak ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang, dan ada sesetengah lokasi, ia bermula dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Sila semak dahulu jadual yang diberikan sebelum anda ‘menyerbu’ unit pemeriksaan bergerak Puspakom ini.

The post Puspakom keluarkan jadual unit pemeriksaan bergerak Ogos 2023 – termasuk luar kawasan di Sabah/Sarawak appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments