Lynk & Co 06 EM-P facelift – kembar Proton X50 dinaik taraf dengan enjin PHEV, jarak gerak elektrik 102 km

Lynk & Co 06 EM-P facelift – kembar Proton X50 dinaik taraf dengan enjin PHEV, jarak gerak elektrik 102 km

Merujuk kepada satu berita oleh Car News China, Lynk & Co 06 EM-P telah dilihat terpapar dalam laman web kementerian teknologi industri dan informasi (MIIT) China sewaktu proses homologasinya. Model crossover segmen B ini menggunakan platform sama seperti Proton X50, iaitu B-Segment Modular Architecture (BMA), tetapi dipacu oleh penggerak plug-in hybrid yang mampu memberikan jarak gerak elektrik sejauh 102 km.

Di dalam laporan MIIT China itu, 0 EM-P dinyatakan mencatat ukuran panjang 4,350 mm, lebar 1,820 mm, tinggi 1,625 mm dan jarak roda 2,640 mm, sekaligus menjadikannya 10 mm lebih panjang berbanding 06 sebelum facelift. Gambar daripada MIIT juga melihatkan 10 rekaan rim untuk crossover ini, dengan saiz tayar sama ada 215/55R18 atau 225/45R19.

Model 06 EM-P ini diterapkan dengan konsep rekaan terbaru Lynk & Co, yang termasuk lampu DRL panjang ke atas bonet, manakala lampu utama pula seakan bergabung dengan gril. Bampar pula mempunyai bukaan udara yang besar di setiap sisi, sementara lampu belakang bersambung dari kiri ke kanan.

Lynk & Co 06 EM-P facelift – kembar Proton X50 dinaik taraf dengan enjin PHEV, jarak gerak elektrik 102 km Lynk & Co 06 EM-P facelift – kembar Proton X50 dinaik taraf dengan enjin PHEV, jarak gerak elektrik 102 km Lynk & Co 06 EM-P facelift – kembar Proton X50 dinaik taraf dengan enjin PHEV, jarak gerak elektrik 102 km

Menurut Car News China lagi, Lynk & Co 06 EM-P dipacu oleh enjin 1.5 liter NA 120 PS, yang digabungkan dengan motor elektrik untuk menghasilkan kuasa keseluruhan 218 PS. Bateri sistem ini dibuat oleh SVOLT dan mempunyai kapasiti 19.1 kWh.

Sebelum facelift, Lynk & Co 06 digerakkan oleh enjin petrol tiga silinder 1.5 liter turbo dengan kuasa 174 PS dan tork 265 Nm, dipadankan bersama transmisi klac berkembar tujuh kelajuan. Ini adalah pakej penggerak yang sama seperti Proton X50 Flagship, tetapi kurang 3 PS dan 10 Nm.

The post Lynk & Co 06 EM-P facelift – kembar Proton X50 dinaik taraf dengan enjin PHEV, jarak gerak elektrik 102 km appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments