Mazda CX-30 CKD – harga anggaran bermula RM127k?

Tahun lalu, wakil rasmi jenama Mazda di Malaysia iaitu Bermaz dilaporkan bakal memperkenalkan crossover segmen-B Mazda CX-30 dalam versi pemasangan tempatan (CKD). Model berkenaan nampaknya akan dilancarkan tidak lama lagi kerana ada pengedar sudahpun menyiarkan harga anggaran bagi CX-30 CKD tersebut.

Seperti yang anda boleh lihat, Mazda CX-30 CKD ini bakal ditawarkan dalam empat varian dengan harga bermula RM127k sehingga RM155k. Ia bermula dengan varian asas 2.0G Core akan dijual pada harga RM127,000, diikuti varian 2.0G High minus (-) berharga RM135,000, varian CX-30 2.0G High berharga RM145,000, dan varian tertinggi 2.0G High Plus (+) dengan bumbung suria berharga RM155,000.

Harga berkenaan dilihat jauh lebih rendah dari versi yang diimport sepenuhnya (CBU) sebelum ini, dan kami jangkakan ia kerana beberapa perincian mungkin akan dikurangkan pada model CKD nanti. Contohnya untuk model CKD ini bumbung suria hanya ditawarkan untuk model varian tertinggi, manakala pada versi CBU perincian yang sama turut ditawarkan pada beberapa varian lain.

Harga-harga yang dinyatakan ini juga adalah hanya untuk warna biasa iaitu Deep Crystal Blue dan Jet Black Metallic. Manakala untuk pelanggan yang memilih warna premium iaitu Soul Red Crystal, Snowflake White Pearl dan Machine Gray, mereka perlu membayar RM3k lebih mahal untuk CX-30 CKD ini.

Mazda CX-30 CKD ini akan menjdi model ketiga Mazda yang dipasang di Malaysia selepas CX-5 dan CX-8. Ia akan diproduksi di kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah yang sebelum ini dilaporkan menerima dana pelaburan sejumlah RM200 juta bagi memasang model baharu tersebut.

Ingin kami ingatkan, ini hanyalah material promosi yang dibuat oleh pengedar-pengedar Mazda dan ia bukan maklumat rasmi dari Bermaz. Jadi bagi anda yang berminat, kita tunggu dulu pengumuman rasmi dari Bermaz ya. Sebelum itu, ada yang sudah teruja untuk CX-30 dengan harga lebih rendah ini?

The post Mazda CX-30 CKD – harga anggaran bermula RM127k? appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments