Rapid KL bakal lanjutkan operasi LRT di Stesen Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi pada 1 Oktober 2022

Rapid KL telah mengumumkan operasi perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi pada 1 Oktober 2022. Lanjutan ini bagi menyokong keperluan pengguna untuk menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan, operasi di stesen-stesen sambungan juga akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

“Sehubungan itu, para penguna diminta menggunakan kad TNG untuk kelancaran perjalanan,” kata kenyataan terbabit. Dalam masa yang sama, para pengguna juga boleh mengikuti laman sosial Rapid KL untuk mengetahui makluman lanjut mengenai perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya.

The post Rapid KL bakal lanjutkan operasi LRT di Stesen Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi pada 1 Oktober 2022 appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments