Polis Sarawak tawar diskaun saman pada 24-25 Sept

Polis Sarawak bakal menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50% pada hujung minggu ini iaitu 24 hingga 25 September 2022 sempena dengan acara Jelajah Kehakiman Peringkat Negeri Sarawak 2022.

Selain membayar saman trafik di tapak acara yang bakal dilangsungkan di Plaza Merdeka Mall, Kuching, orang ramai juga boleh berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada tarikh yang sama, jam 10 pagi hingga 6 petang.

Walau bagaimana pun, pengurangan saman trafik ini tidak ditawarkan bagi kesalahan kemalangan, memotong secara merbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, kesalahan yang dikategorikan tidak boleh dikompaun (NC), kesalahan yang berstatus perbicaraan di mahkamah, kesalahan berkaitan kenderaan berat, dan kesalahan ubahsuai ekzos kenderaan.

The post Polis Sarawak tawar diskaun saman pada 24-25 Sept appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments