Dapatkan permainan Hot Wheels percuma dengan tukarkan barangan kitar semula di MBSA pada 14 Ogos

Anda ada banyak barangan terpakai seperti botol minuman yang boleh dikitar semula? Daripada simpan tanpa digunakan, lebih baik dikitar semula menerusi program Jelajah Kesedaran Alam Sekitar bersama Majlis Bandaraya Shah Alam pada 14 Ogos 2022, Ahad ini.

Menerusi program terbabit yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada jam 7 pagi hingga 10 pagi, bagi yang menukarkan sama ada 12 unit botol 1.5 liter atau 24 unit untuk botol 500/600 ml, anda berpeluang menerima satu unit permainan Hot Wheels secara percuma.

Satu tebus nilai terhad hanya untuk satu keluarga sahaja. Apa pun, hanya botol kosong air mineral/minuman yang berada dalam keadaan baik sahaja yang diterima.

Jadi, inilah peluang untuk mendidik anak-anak anda tentang kitar semula, kerana ia bukan sahaja dapat mengajar mereka betapa pentingnya untuk menjaga alam sekitar termasuk kitar semula barangan yang terpakai, tapi dalam masa yang sama, mereka juga boleh mendapat permainan Hot Wheels secara percuma sebagai galakan di atas usaha yang dilakukan itu.

The post Dapatkan permainan Hot Wheels percuma dengan tukarkan barangan kitar semula di MBSA pada 14 Ogos appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments