Sistem Pengakuan Salah Kes Saman Trafik Secara Dalam Talian diperluas ke seluruh Semenanjung M’sia

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan Sistem Pengakuan Salah Kes Saman Trafik Secara Dalam Talian (Sistem e-PG) akan diperluaskan secara menyeluruh ke Mahkamah Majistret di semua negeri Semenanjung Malaysia. Sebelum ini, sistem berkenaan telah dilancarkan secara rintis di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan sejak 1 April lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Sistem e-PG ini akan diperluaskan pula di Mahkamah Majistret bagi Johor pada 25 November ini, Melaka dan Pahang (2 Disember), Perak (9 Disember), Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (16 Disember) serta Terengganu dan Kelantan pada 23 Disember 2021, laporan Berita Harian.

Di mana Orang Kena Saman (OKS) yang mempunyai kes yang didaftarkan di mahkamah berkenaan boleh mengakses Sistem e-PG di https://ift.tt/2vTZkVp pada tarikh sebutan pertama kes. Selain itu, OKS juga boleh menyemak senarai kausa kes dan semakan status pendaftaran kes saman trafik secara dalam talian melalui pautan https://ift.tt/2OrqLjH dengan memasukkan lokasi mahkamah dan tarikh sebutan kes.

Bagi orang awam dan peguam yang hendak memahami tatacara prosiding dan menggunakan Sistem e-PG, boleh melayari Portal Rasmi Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my atau menghubungi e-mel di alamat ecourts.helpdesk@omesti.com atau menghubungi talian 03-27331313.

The post Sistem Pengakuan Salah Kes Saman Trafik Secara Dalam Talian diperluas ke seluruh Semenanjung M’sia appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments