Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah menawarkan pilihan untuk sesi pandu uji tanpa diiringi oleh konsultan jualannya kepada para pelanggan di sekitar Lembah Klang. Menurut MMM, tawaran terbabit hanya diberikan untuk pelanggan di Lembah Klang memandangkan pihaknya menerima permintaan yang menggalakkan dari pelanggan di kawasan terbabit untuk trak pikap Triton Athlete dan crossover tujuh-tempat duduk XPander.
Walau bagaimanpun, MMM berkata, disebabkan kes Covid-19 masih aktif, MMM membuat keputusan untuk menawarkan pilihan kepada para pelanggan untuk merasai keseronokan memandu uji mana-mana model Mitsubishi sama ada diiringi konsultan jualan atau pun tidak.
Untuk pelanggan yang berminat memandu uji mana-mana model Mitsubishi bolehlah melayari laman web rasmi MMM (https://ift.tt/30HhESD) dan menghantar permohonan untuk sesi pandu uji tersebut. Kemudian kakitangan MMM akan menghubungi pelanggan terbabit untuk pengesahan dan temujanji untuk menghantar kenderaan pandu uji ke lokasi yang pelanggan pilih.
Sebelum menyerahkan kenderaan pandu uji kepada pelanggan, kakitangan MMM akan sanitasi semua titik sentuhan kenderaan terbabit dan memberikan informasi produk. Kemudian pelanggan terbabit boleh terus memandu uji kenderaan tersebut selama sejam sebelum mengembalikannya ke lokasi yang sama.
“Ketika negara menuju ke era endemik, hidup dengan COVID-19 dan SOP adalah cabaran norma baharu yang perlu kita biasakan. Sebagai sebuah syarikat, kami menyesuaikan perniagaan kami terutamanya untuk memastikan pelanggan kami selamat. Oleh itu, kami menawarkan pilihan pandu uji tanpa diiringi untuk pengalaman membeli-belah yang tenang,” kata Shinya Ikeda, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.
Ikeda menambah, “Membeli kereta baharu pada masa kini adalah agak berbeza dengan cara ketika sebelum pandemik. Di Mitsubishi Motors, kami melihat peluang ini untuk meningkatkan pengalaman dan kemudahan para pelanggan. Menerusi Bilik Pameran Dalam Talian Mitsubishi, pelanggan boleh menimba pengalaman mengenai kenderaan Mitsubishi. Caranya mudah, dengan mengisi borang jadual temujanji dengan pengedar bertauliah kami. Malahan kami akan menguruskan semua proses termasuk penghantaran kenderaan Mitsubishi hingga ke depan pintu pelanggan.”
The post Mitsubishi Motors tawar pilihan pandu uji tanpa diiringi konsultan jualan untuk pelanggan di Lembah Klang appeared first on Paul Tan's Automotive News.
0 Comments